Aku dan foto foto.
aku rasa makin hilang sengat. mungkin dah takde semangat. aku dah tak berfoto seperti awal awal dulu bekarya. aku yakin kawan kawan pun dapat melihat zaman kejatuhan yang aku sedang rasa ni. belajar baru selesai, kerja belum tahu lagi. ada lah 2 3 interviu yang terbuka untuk aku para penganggur, tapi kenapalah malas sangat rasanya nak mencuba. belum sedia? atau belum mau? semalam aku ada dinner event dengan department kabe, aku amik gambar. rasa malu. hasil yang aku dapat malam tu seperti sampah. aku malu dengan kabe. ini belum lagi dia tengok gambar gambar yang dia amanahkan pada aku untuk merakamnya ni. aku pasti. dia kecewa. mungkin sebab itu dia memilih milih nak memilih aku atau tidak untuk jadi jurugambar malam semalam. aku sedih dengan diri sendiri. erm.
20hb ni ada exibition di annex, klik klik photographer. lepas semalam aku jadi macam takde semangat nak sertai benda yg fid propose ni. ada ke gambar aku yang layak diexibition kan? erm.
bisnes kad baru dah siap. mula mula semangat. tapi sekarang semangat tu macam dah mengubur. aku rasa nak buang je kad kad tu. erm.
semoga dalam tahun 2008 aku jumpa semangat baru untuk terus berfoto.
Aku dan kerja
semalam bulat baru tiba di sini dari melaka. kami ada interviu dengan uitm selasa akan datang ni untuk posisi pensyarah sementara. aku nak bersyarah? aku pun confuse dengan keputusan aku ni. aku mengajar? aku harap aku boleh; dengan mengajar aku harap aku dapat lebih masa untuk mengejar cita cita asal aku. kalau kerja industri, aku tak ada banyak masa nak bersuka ria dan berjalan jalan. *eh aku kan dah tua. masih berfikir cara cetek. tapi entahlah. yang penting gembira dan bahagia untuk diri sendiri & keluarga* tp selang sekejap, aku nak juga merasa kerje dalam kilang dengan alatan penguji litar dan sebagainya, teringin nak aplikasikan apa yang dah 6 tahun aku perit belajar. tapi aku mampu ke?
kawan kawan ramai yang dah ke Penang. Ya Allah Tuhanku, engkau saja yang tau sekarang ni masa yg kritis nak buat keputusan bertalu talu. meronta ronta hati aku ni nak sama pergi bina hidup di sana. tapi aku belum lagi dapat peluang yang kawan kawan aku ni dah dpt. tapi kemudian aku terfikir lagi, kalau aku ke penang, dapat ke aku teruskan apa yang dah aku mulakan? sungguh ke Penang dapat beri apa yang aku angankan? aku pun masih tak pasti, tapi masih tergila gila mahu ke sana. nanti bila dah ada peluang, baru aku tau sakit kepala nak buat keputusan. erm.
Aku dah dia
belum lagi. dia belum mendail mahupun mengirim sms pada
nombor yang aku tinggalkan =(
Recent Comments